Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Bertutur
OBJEKTIF BAGI KEMAHIRAN BERTUTUR
PERMAINAN TELEFON ROSAK
Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mempunyai ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan
Langkah :
1. Para pelajar diberikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Guru perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.
5. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut.
6. Laporan maklumat kumpulanyang tepat akan dikira sebagai pemenang
PERMAINAN KOTAK BERACUN
Objektif: Melatih keberanian pelajar untuk menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik) dan lipatan kertas yang mengandungi soalan
Cara bermain: Berkumpulan/ kelas
Langkah :
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula digerakkan. Pelajar akan menyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak tersebut akan didenda.
4. Pelajar yang didenda perlu membuka kotak tersebut dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda). Pelajar dikehendaki membaca denda tersebut dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan atau menjawab soalan tersebut.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Permainan diulang dan pelajar terakhir yang menegang kotak tersebut akan didenda.
KAEDAH BERCERITA
Objektif: Murid dapat memahami, menghayati dan memberikan pendapat tentang cerita yang disampaikan.
Langkah:
1. Pilih cerita yang sesuai denga umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
2. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
3. Kaji cerita itu, dan masukkan aspek-aspek bahasa.
4. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
5. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnyasekali sebelum menggunakan teknik ini.
6. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
7. Guru boleh menggunakan gambar atau objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar.
8. Sediakan kad-kad, frasa-frasa dan ayat-ayat yang berkaita dengan aspek-aspek bahasa yang ingin disampaikan.
PERMAINAN BALING DADU
Objektif : Melatih murid untuk bertutur dan menjawab soalan berpandukan soalan yang diajukan.
Bahan: Dadu,bahan grafik yang mengandungi soalan, buah (bahan kecil seperti pemadam)
Cara bermain: Berkumpulan/ kelas
Langkah:
1. Guru menyediakan bahan grafik yang mengandungi soalan seperti rajah di atas.
2. Setiap murid dikehendaki membaling dadu mengikut giliran.
3. Buah digerakkan mengikut bilangan titik yang tertera di atas dadu yang dibaling.
4. Apabila buah berhenti digerakkan, murid perlu menjawab soalan yang tertera di atas kotak tempat buah berhenti.
5. Permainan diulang mengikut giliran murid yang seterusnya.
Disediakan oleh: Maizatul Akma
Rujukan:
Adila Dila. (2014). Contoh Permainan Bahasa. Dicapai daripada https://www.slideshare.net/dila1234/contoh-permainan-bahasa
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu Tahun 4. Dicapai daripada http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/335-dskp-tahun-4

Comments
Post a Comment