Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Mendengar
Aktiviti yang digunakan dapat membolehkan murid-murid mencapai Standard Pembelajaran DSKP bagi kemahiran mendengar.
1. Murid boleh mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
2. Murid boleh mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi yang tidak formal.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
3. Murid boleh mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis.
1. Murid boleh mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
- Permainan "Simon berkata"
- Permainan "Clap for Words"
- Aktiviti Menyampaikan Maklumat Sehala dan Dua Hala
Langkah-langkah :
1.Setiap pelajar diberikan 2 helai kertas kosong.
2. GBK memberikan arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.
Arahan :
a. Lukis satu bulatan.
b. Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil.
c. Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk segiempat tepat.
d. Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan satu bulatan di hujung.
e. Di bawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat sama.
f. Di bawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.
1. Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.
2. Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan minta membandingkan kedua-dua lukisan tersebut dengan lukisan contoh.
3. Mereka diminta memberi respon berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu melukis kali pertama dan kali kedua.
![]() |
| Musa Haryati. (t.t). Kemahiran mendengar. Dicapai pada 23 Ogos 2019 daripada https://www.academia.edu/20670184/KEMAHIRAN_MENDENGAR |
3. Murid boleh mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
- Guru boleh melakukan aktiviti bercerita bersama murid-murid. Bahan-bahan untuk aktiviti bercerita boleh diambil daripada cerita kanak-kanak atau cerita dongeng yang dapat menarik perhatian murid. Setelah itu, guru boleh bertanyakan soalan kepada murid-murid seperti nilai murni yang dapat dicontohi dalam cerita tersebut.
Disediakan oleh: Farah Nabilah & Shazana
Rujukan:
10 Quick and Easy ESL Listening Games to Fill Extra Time. (t.t). Dicapai daripada https://www.fluentu.com/blog/educator-english/esl-listening-games/
Carol Moore. (2004). Pirate's Treasure. Dicapai daripada http://www.magickeys.com/books/pirate/index.html
Topmarks. (t.t.). Listening games. Dicapai daripada https://www.topmarks.co.uk/Search.aspx?q=listening%20games
Wyna Thomas, Nor Shafilah Kassim & Nur Izzati Nan Azmie. (2014). Buku Cerita Elektronik: Kisah Sang Beruang. Dicapai daripada https://www.storyjumper.com/book/index/16008692/BUKU-CERITA-KANAK-KANAK#

Comments
Post a Comment