Kemahiran Bertutur

     
    Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Bahasa Melayu KSSR Tahun 4 (2018), kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul juga diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

     Dengan berpandukan standard kandungan DSKP bagi kemahiran bertutur iaitu murid bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan, murid disasarkan supaya dapat mencapai standard pembelajaran iaitu:



  1. Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.  
  2. Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
  3. Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. 


Konsep bagi kemahiran bertutur:
Disediakan oleh: Farah Nabilah

Rujukan:

Khairuddin Mohamad. (2018). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments