Strategi dan Teknik Pengajaran Berkesan untuk Meningkatkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur



     Untuk mencapai sasaran standard pembelajaran DSKP, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid di dalam kelas.  Menurut Oxford (1990) Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) ialah “tindakan-tindakan tertentu yang diambil oleh pelajar untuk menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih berbentuk kendiri, lebih efektif dan lebih mudah disesuaikan kepada situasi baru”. Terdapat banyak kajian yang menerangkan konsep strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dan sesuai diaplikasikan di dalam kelas, sebagai contoh:
Gambar yang menunjukkan nilai

1.  Menurut Maimun (2009), melaporkan terdapat pandangan sebahagian sarjana bahasa  mengatakan bahawa penggunaan gambar atau objek dalam kemahiran bertutur membantu menghubungkaitkan gambar dan suara, justeru dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahasa ibunda.



Gambar yang lucu dan berwarna-warni
















2.  Tai’mah (t.t.)  memberi panduan dalam pengajaran kemahiran bertutur:
          i.  Guru  perlu  mengurangkan  percakapan  dan  memberi  arahan  di  dalam  kelas
              kemahiran bertutur namun  sebaliknya   pelajar perlu  memperbanyakkan bertutur
             bahasa Melayu.

         ii.  Pelajar perlu memahami perkara yang dituturkannya, iaitu dengan cara meminta
              pelajar  bercakap  sesuatu  tajuk  yang  dialaminya  atau  berdasarkan  kepada
              pengalamannya.

        iii. Guru  tidak  membangkang  atau  memotong  percakapan   ketika  pelajar  bertutur
             bahasa Melayu serta memperbanyakkan pembetulan ketika pelajar bertutur bahasa
            Melayu.
     
        iv. Guru perlu mengajar kemahiran bertutur mengikut tahap pelajar.  

3. Guru juga boleh mendapat ilmu pengetahuan berkaitan teknik-teknik untuk meningkatkan kemahiran bertutur melalui Child Language Development: Learning to Talk, Second Edition. Buku ini ditulis untuk kegunaan bagi yang bekerja dengan kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam kemahiran bertutur. Kandungan di dalam buku ini merangkumi contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan cara pendekatan yang berkesan untuk murid-murid yang mengalami masalah tersebut.









BAGAIMANA MAHU MENDENGAR DENGAN BERKESAN?


1. Mendengar dengan teliti dan penuh perhatian.
2. Mendengar dalam suasana yang tenang dan selesa.
    
  MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Motivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.
2. Memandang ke arah guru.





CADANGAN BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR

1. Memberi tumpuan dan minat ketika guru mengajar

a. Tumpuan atau perhatian penuh yang diberikan oleh kamu semasa guru mengajar lazimnya akan memudahkan kefahaman kamu.
b. Bayangkan jika kamu meminati seseorang, contohnya artis terkenal. Kamu akan mengetahui tentang artis tersebut. Begitu juga dengan pelajaran.
c. Jika perasaan minat terhadap pelajaran telah timbul, kamu akan sedaya upaya menguasainya.

2. Jangan bermain ketika guru mengajar

a. Apabila kamu bermain, pendengaran kamu tidak tertumpu pada apa yang diajar oleh guru dan menyebabkan banyak maklumat yang kamu tertinggal. Hal ini juga boleh mengganggu konsentrasi pendengaran rakan kamu.
b. Oleh itu, jangan bermain ketika guru sedang mengajar.

3. Menanam minat tehadap orang yang bercakap

a. Timbulkan perasaan suka terhadap orang yang bercakap (guru).
b. Tentu kamu akan meminati mata pelajaran yang diajar.

4. Mengikut kelajuan rentak orang yang bercakap

a. Biasakan diri dengan kelajuan atau rentak orang yang bercakap.
b. Dengan cara ini, kamu dapat menjadi pendengar yang baik.

5. Catatkan isi-isi penting yang kamu dengar

a. Catatkan isi-isi penting sewaktu mendengar penerangan guru.
b. Hal ini kerana tidak semua yang kamu dengar dapat kamu ingat sepenuhnya.
6. Ulang kaji tajuk yang akan diajar

a. Sebelum menghadiri kelas, bacalah topik yang akan diajar oleh guru.
b. Dengan cara ini, kamu akan lebih memahami penerangan guru.


7. Jika ada soalan tanya segera
a. Jangan biarkan kamu berada dalam keadaan tertanya-tanya jika menghadapi masalah dalam pelajaran.
b. Bertanyalah kepada guru. Mereka pasti membantu.

8. Sedia untuk mendengar


a. Sebelum guru memberi penerangan, buat satu penetapan dalam fikiran untuk mendengar
 penerangan guru sebaik-baiknya.



Disediakan oleh: Maizatul Akma, Farah Nabilah & Shazana

Rujukan:

Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hairun Najuwah Jamali & Awatif Abdul Rahman. (2014). Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah, 1(4). Dicapai daripada https://www.researchgate.net/publication/328928416_KAEDAH_PP_KEMAHIRAN_MENDENGAR_DAN_BERTUTUR_BA_DI_IPT_MALAYSIA









Musa Haryati. (t.t), Kemahiran mendengar. Dicapai pada 23 Ogos 2019 daripada https://www.academia.edu/20670184/KEMAHIRAN_MENDENGAR




Comments