Posts

Showing posts from August, 2019

Rujukan

10 Quick and Easy ESL Listening Games to Fill Extra Time . (t.t). Dicapai daripada  https://www.fluentu.com/blog/educator-english/esl-listening-games/ Carol Moore. (2004).  Pirate's Treasur e. Dicapai daripada  http://www.magickeys.com/books/pirate/index.html Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hairun Najuwah Jamali & Awatif Abdul Rahman. (2014). Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 1 (4). Dicapai daripada https://www.researchgate.net/publication/328928416_KAEDAH_PP_KEMAHIRAN_MENDENGAR_DAN_BERTUTUR_BA_DI_IPT_MALAYSIA Musa Haryati. (t.t.).  Kemahiran mendengar.  Dicapai daripada  https://www.academia.edu/20670184/KEMAHIRAN_MENDENGAR Shila Saludin. (t.t.). Pengenalan Kemahiran Mendengar . Dicapai daripada  https://www.academia.edu/36226611/Pengenalan_Kemahiran_Mendengar Topmarks. (t.t.).  Listening games . Dicapai daripada  https://www.topmarks.co.uk/Search.aspx?q=listening%20games Wyna Thomas, Nor Shafilah Kassim & Nur Izzati...

Kemahiran Mendengar

Image
KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan 1.  Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.  ...

Strategi dan Teknik Pengajaran Berkesan untuk Meningkatkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Image
     Untuk mencapai sasaran standard pembelajaran DSKP, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid di dalam kelas.  Menurut Oxford (1990) Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) ialah “tindakan-tindakan tertentu yang diambil oleh pelajar untuk menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih berbentuk kendiri, lebih efektif dan lebih mudah disesuaikan kepada situasi baru”. Terdapat banyak kajian yang menerangkan konsep strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dan sesuai diaplikasikan di dalam kelas, sebagai contoh: Gambar yang menunjukkan nilai 1.  Menurut Maimun (2009), melaporkan terdapat pandangan sebahagian sarjana bahasa  mengatakan bahawa penggunaan gambar atau objek dalam kemahiran bertutur membantu menghubungkaitkan gambar dan suara, justeru dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahasa ibunda. Gambar yang lucu dan berwarna-warni ...

Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Mendengar

Image
Aktiviti yang digunakan dapat membolehkan murid-murid mencapai Standard Pembelajaran DSKP bagi kemahiran mendengar. 1. Murid boleh mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula dalam situasi tidak formal. Antara aktiviti yang boleh dilakukan: Suara binatang untuk anak-anak Listening Game - Phase 1 Phonics - Listening and Attention Skills 2. Murid boleh mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran yang terdapat dalam situasi yang tidak formal. Antara aktiviti yang boleh dilakukan: Permainan "Simon berkata" Murid mesti mendengar arahan dari Simon iaitu watak yang dimainkan oleh guru untuk mereka melakukannya. Sekiranya Simon memulakan arahan dengan "Simon berkata...", murid mesti mematuhi arahan Simon. Sekiranya Simon tidak memulakan arahan dengan "Simon berkata..." murid tidak boleh melakukan perbuatan yang diarahkan olehnya. Sekiranya murid tidak mematuhi arahan Simon, mereka akan disingki...

Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Bertutur

Image
OBJEKTIF BAGI KEMAHIRAN BERTUTUR PERMAINAN TELEFON ROSAK Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat. Bahan: Kad yang mempunyai ayat tertentu. Cara bermain: Berkumpulan Langkah : 1. Para pelajar diberikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama. 2. Guru perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan. 3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati. 4. Ketua kumpulan tersebut perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir. 5. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut. 6. Laporan maklumat kumpulanyang tepat akan dikira sebagai pemenang PERMAINAN KOTAK BERACUN Objektif: Melatih keberanian pelajar untuk menyebut atau menjawa...

Kemahiran Bertutur

Image
           Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Bahasa Melayu KSSR Tahun 4 (2018), kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul juga diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.      Dengan berpandukan standard kandungan DSKP bagi kemahiran bertutur iaitu murid bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan, murid disasarkan supaya dapat mencapai standard pembelajaran iaitu: Bertutur untuk menilai dan memberikan alasan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.   Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan....